Orait...first topic...pasal
Carburetor Dung band underground generasi ke-2 membawa konsep Punk Rock....bunyi
macam pelik...tapi itulah reality nyer...hehehe..
Berasal dari Kuala Lumpur dan
menggunakan nama band Stormfish sebelum bertukar kepada Carburator
Dung...dan pengasanyer...Fendi (dalam bulatan).
Line up asal hanya 3 orang semua
orang Taiping, Perak... iaitu Fendi (bass), Azreen (gitar / vokal) dan Joe
Mechanic (drummer)... korang mesti pikir yang nama Carburator Dung tuh Joe
Mechanic yang bagi...haha..! Joe Mechanic balik kampung...digantikan Adam
sebagai drummer.
Mula menggunakan nama Carburetor
Dung selepas kemasukan Joe Kidd (Zulkifli Zakaria) bekas pemain gitar dan
vokalis band Deflowered pada 1992. Joe Kidd pernah menggunakan
nama Carburetor Dung pada 1990 pada band pertamanya..
Ni
dia rupa Joe Kidd aka Zulkifli Zakaria
Nama Carburator Dung diambil dari
nama buku "Psychotic Reactions & Carburetor Dung" ditulis oleh
pengkritik music yang lejen iaitu Lester Bang.
Itu
dia Lester Bang...xder kerja lain..kritik karya orang jer...
1991 - 1995
Then..pertengahan 1992, Adam
(drummer) mengalami masalah attendance...digantikan pula oleh Shahlan (orang
Ganu) yang pernah main untuk Mallaria & The Stoned
Crows. Lepas Adam...Azrin plak kuar pasal sambung belajar dan
digantikan oleh Pari (Shahpari orang Nogori) dari kumpulan ART (Against
Racism of Today). Akhir 1992...Azrin muncul dengan kumpulan barunya..Subculture.
Lepas tu...muncul plak Lan Bear
(jugak orang Nogori) pemain gitar Infectious Maggots sebagai
drummer..melengkapkan Carburetor Dung pada akhir 1992. Shahlan pulak jadik
vokalist utama.
So..line up awal:
Fendi (bass) / Azrin (gitar/vokal)
/ Joe Mechanice (drummer)
Fendi (bass) / Azrin (gitar/vokal)
/ Adam (drummer)
Fendi (bass) / Joe Kidd
(gitar/vokal) / Shahlan (drummer)
Fendi (bass/vokal) / Joe Kidd
(gitar/vokal) / Shahlan (vokal) / Pari (gitar) / Lan Bear (drummer)
Line
up 1993
Pada January
1993.. diorang mula merekodkan lagu "You're A Problem" diFGM Studio
untuk album kompilasi Sonic Asylum album ACircle of Friend. Diaorang mula
merekodkan album pertama di King's Studio pada hujung June hingga July 1993..
dan...akhirnya...album Songs of Friend muncul pada 27.09.1993.
Album pertama
muncul sebelum mereka bermain gig di The Revenge of The Rats pada 30.08.1993.
Gig yang memperkenalkan Subculture, The Splatters, The Pilgrims, Chronic Mass
& Lovely Ugly Carnival..dimana diorang kongsi stage dengan Non-Metal
Line up untuk scene underground Malaysia buat pertama kali.
Bertapak dari
situ..mereka bermain 17 gigs disekitar KL, Ipoh, Penang, Kuantan dan Seremban.
Line up terakhir mereka ialah di konsert Psycho A-Go-Go, Fui Chui Hall, S&M
Arcade KL pada 01.04.1995.
Psycho A-Go-Go poster 1995
Pada April 1995,
Lan Bear & Pari resigned dan digantikan dua veteran local scene iaitu Lee
(ex Pilgrims / Hijrah) dan Ollie (ex Silent Death). Shahlan bersara dari
menyanyi...dan balik semula main gitar..
So...itu citer
dari 1991 hingga 1995...dan 1996- 2003 diaorang hilang sekejap dari scene...
2003 hingga
skarang...
Tetiba diaorang
muncul ngan line up baru (end 2003 - jan 2004)
Joe Kidd (gitar/vokal)
/ Fendi (bass) / Apuk (drummer)
Apuk masa tu masih
bermain untuk band Kuchalana first gig dengan Carburetor
Dung di Unclogged pada tahun baru 31.12.2003.
Line up 2004
Pertengahan
2004...masuk pulak Alak, gitarist dan penyanyi kumpulan Pusher sebagai
penyanyi utama Carburetor Dung selepas jadik wakil penyanyi di Die Young Stay
Pretty Gig pada 24.01.2004.
Line up baru ni
mula merekodkan lagu version dari The Pilgrims "Johnny" di BMW
Studio, Sri Hartamas. Track termasuk dimasukkan kedalam album "The
Dude Puked On My Lap" sebagai tribute kepada The Pilgrims.
Panjang sangat nak citer pasal legendary
Carburetor Dung nih...sambung lenkali jer laa...